Rabu, 6 Julai 2011

Episod 6 Aku bahagia

           Dia ajak aku mohon study kat tempat dia study. beria-ia sangat. Aku pun hairan. Kenapa beria sangat nak aku study kat sana? hari-hari dia minta aku supaya mohon ambil kursus kat sana. Dia cakap, awak mohon la, saya ada banyak benda nak bagitau awak. Tapi saya tak boleh nak cakap melalui sms mahupun handfon. Akhirnya aku setuju untuk mohon ambil kursus kat sana.
         
          Kebetulan masa tu, institut tu dalam proses pengambilan pelatih baru. Aku tak isi borang.aku terus call admin diorang. Aku cakap aku nak mohon kursus IT kat sana. Tak sangka pula, diorang suruh datang sana bawa apa-apa yang patut. Maknanya aku diterima la.. yeye.. senang-senang je aku dapat masuk sana.Tak sangka semudah tu aku dapat.


          Lepas bagitahu mak dan datuk, sedia semua persiapan, aku pun pegi ILP untuk buat pendaftaran. Exited juga. Sebab boleh dekat dengan dia walaupun sebenarnya aku dah takde hati nak belajar lagi. sejujurnya..aku dah lama hilang minat untuk belajar.


          Akhirnya aku dekat dengan dia. Walaupun hanya hujung minggu boleh keluar ngan dia. Bukan apa, peraturan kat sana ketat gila. tak boleh nak berborak dengann lelaki. apa lagi senior kat sana temberang nak mampos. Tapi aku masih tertanya kenapa dia beriya ajak aku kesini..

Tiba masanya baru lah dia bagitau kenapa dia beria sangat minta aku datang study kat sana.
Dia cakap,  " sebenarnya ada lagi hal yang awak belum tau. saya ada buat salah kat awak. sebenarnya sebelum ni saya ada couple kat sini, dia senior awak.nama dia aini. tapi sekarang saya dah takde apa-apa dengan dia. dah lama saya nak bagitau awak.cuma saya taknak bagitau selagi awak jauh dari saya.saya taknak awak lari lagi dari saya. saya sayang sangat kat awak."


              Awak jahat!! kenapa buat macam ni? Ambil masa yang lama la juga aku untuk terima semua ni.. Entah la.aku tak tau la sama ada aku sebenarnya dah terima semua ni atau tak. Aku sendiri pun keliru. Kerana sayang, mulut ku berkata "aku memaafkan mu. Tapi dengan syarat, kalau betul serius sayangkan saya, awak kenalkan saya dengan family awak."  


             Tiba saatnya.Alhamdulillah, dia tunaikan janjinya.sedikit demi sedikt dia buktikan janjinya.perlahan-perlahan dia buktikan janjinya untuk berubah.Aku juga berusaha untuk menjadi lebih baik dan tiba saatnya aku berikan sebuah buku yang penuh dengan luahan hati aku sejak aku mengenal dia hingga dia menjalanai latihan PLKN dan sehingga saat itu. Dia menangis mebaca buku tu dan dia meminta maaf berulangkali.Aku tak berniat nak buat dia menangis.Tapi aku berharap dia tahu macam mana aku sayangkan dan setia pada dia..

             9 desember 2008 kami diikat dengan ikatan pertunangan. Sedangkan berkawan banyak dugaan.inikan dialam pertunangan..Alhamdulillah..kami masih bersama..

            1 jun 2009 pula aku sah menjadi isteri dia. Aku bersyukur sangat.Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi selama bertahun.sejak di bangku sekolah hingga tiba saatnya.aku masih mampu bertahan dan kelihatannya pengakhirnya indah.. Mungkin ada hikmahnya disebaliknya..
Alhamdulillah, sekarang aku bahagia. Kami mempunya seorang hero yang sangat pintar dan aktif. Sekarang pula, dia (suamiku) bekerja keras siang malam sebelum dapat kerja tetap. Ternyata dia seorang yang penyayang dan sangat rajin bekerja. :)

3 ulasan:

mrs kayrul berkata...

habis sudah baca kisah cinta nie

Iffah Afeefah berkata...

Waaa serius?kalo da jdoh gakkn kmane

Wlpon grm lg ngn s tu ish

qanaah berkata...

salam. alya baca sini jugak^^