Rabu, 6 Julai 2011

Episod 5 Penuh dugaan

Kini dah masuk tahun 2006, aku berada di tingkatan 5. Dia pula dah tamat tingkatan 5. pada bulan april tahun tu, Dia di pilih untuk menyertai PLKN. Selama 3 bulan kami tidak berhubung sementara hubungan kami masih belum sembuh dari luka. Aku merasakan 3 bulan itu terlalu lama dan aku sangat merindui dia. Rindu yang amat sangat. macam-macam fikiran nagatif terhadap (S). aku rasa tersiksa sangat. Setiap hari aku menulis surat dalam 1 buku untuk aku beri pada dia satu hari nanti.


          3 bulan berlalu sudah.. akhirnya dia tamat latihan PLKN. aku dah boleh jumpa dia. Malangnya baru beberapa hari pulang dari latihan PLKN, belum apa-apa, dia dapat surat dari ILP yang mengatakan dia diteima untuk ambil kursus electrical selama 2 tahun di ILP (sabah). Rupanya family dia yang isikan borang permohonan  tu masa dia berada di PLKN.


        Bermula lah percintaan jarak jauh.Hanya handfon penyambung nyawa.Pengubat rindu, penyambung hubungan aku & dia. Tapi aku tak percaya dengan percintaan jarak jauh ni. Aku dapat rasakan, dia akan duakan cinta aku. Sedangkan dekat dia boleh buat hal. apalagi bila jauh. sorang kat sarawak. sorang kat sabah.Tapi apa kan daya.Pelajaran lagi penting dari segalanya..


          Aku selalu syak wasangka kat dia.kadang-kadang sampai terjadi pergaduhan antara kami. Walau sekerap mana dia meyakinkan aku, naluri ku tetap mengatakan ada sesuatu akn terjadi. Namun aku pujuk hati ini supaya sentiasa berfikiran positif.


Setelah 3 bulan di ILP, dia pulang untuk cuti semester. Aku pun berdebar dan teruja nak jumpa dia. Hari tu bila perasaan menguasai diri, aku bertindak diluar jangkaan aku sendiri. Aku rampas handfon dia dan berikan handfon aku pada dia dan terus pulang. Sampai saja di rumah, aku check 8pax dan aku dapati ada 2 nombor yang dipunyai penama yang asing bagi aku. bb & aini. Aku cuba sms diorang ni dengan menyamar jadi kazen (S). Gurl yang nama aini x replay. Belom sempat antar SMS kat gurl nama BB, minah ni dah call. Aku tabahkan hati untuk tekan punat answer.


"hello, ni siapa? maaf ya,handfon dia tertinggal. ni kazen dia. awak siapa? gelpren dia ek?"
ayat giler yang aku keluarkan dari mulut aku. Masa tu rasa macam nak hempas kepala sendiri
minah tu menjawab, "ye ni awekz (S)." Rasa mcam berhenti je nadi ni. rasa tak bernyawa. Namun aku tabahkan hati untuk korek lebih bnyak rahsia."salam kenal ye.nanti (S) sampai sy sampaikan pesanan awak." itu kata ku.. 

          Siap letak ganggang, aku sms dia sebagai seorang sepupu yang teruja nak dapat kakak ipar sepupu.. so, aku dapat tahu, dah 3 bulan dia kenal (S). Tapi baru sekali jumpa. Kawan yang kenalkan. kuang hajaq no..


          Sakitnya hati, Tuhan je yang tau.Aku ajak si dia jumpa kat pantai. tempat member aku tinggal. Pantai Punang. Saje je nak pegi tempat yang tenang saat hati bergelora. Pada waktu tu angin yang lembut menyapa pipi yang di basahai air mata mengiringi pembicaraan aku dengan dia. Kali ke dua dia lukankan hati ku. Tanpa berfikir aku minta putus untuk yang kali ke dua. Aku minta handfon aku yang ada kat dia.dan pulangkan handfon dia.Kat sana juga, aku patahkan simkad aku.Konon taknak berhubung lagi. Kat sana juga aku nangis puas-puas.


          Dia cuba pujuk aku. dia minta maaf.. senang-senag je dia nak minta maaf setelah dia lukakan hati insan yang amat menyayanginya. Dia cakap, dia just main-main je dengan minah tu. takde apa-apa perasaan pun. boleh ke aku percaya kat dia lagi?? Pastu dengan automatik, aku ambil enfon dia dan call minah tu balik. aku cakap.

"ko tau tak aku sape? aku bukan kazen (S). aku la tunang (S).faham!!ko tau tak (S) ni dah bertunang.tapi masih nak menggatal.memang dasar jantan bodoh!"
saje je aku nak sakitkan hati diorang. aku tak nak sakit ati sorang-sorang lah. kalau boleh nak ajak ramai-ramai rasa apa yang aku rasa.

Minah tu pun cakap. "Ko ni memang pempuan perasan. ko yang rampas dia dari aku.ko ingat ko cantik sangat ke? pegi cermin muka ko!"

aku pun cakap. "ye..aku memang hari-hari cermin muka aku.memang pun aku cantik. so kau nak apa?"pegi mampos la kau sana!"

Pastu dia rampas hanfon tu dan cakap ngan minah tu. dia cakap," dah la, saya minta maaf, dia memang tunang saya."  

Aku tak tahu apa motif dia ikut menipu dan mengaku aku tunang dia. Apepun salah tetap salah.aku sudahpun terluka.


          Cuti semester dia dah nak habis, sebelum balik ILP, dia jumpa aku. dia belikan aku simkad baru. dia cakap, "saya taknak putus.saya takkan lepaskan awak kali ni.saya betul-betul sayangkan awak.saya merayu kat awak.saya takde apa-apa perasaan kat dia."


          Sejak balik ILP, dia selalu kirim SMS, "maafkan saya.saya taknak lepaskan awak kali ni.saya merayu kat awak.saya tau saya dah banyak buat salah kat awak.tapi saya taknak putus lagi". Banyak kali,setiap hari dia bagi SMS mcam ni. 

Aku pun selalu cakap," buat apa nak kat saya.pegi la cari pempuan kat sana. saya dah tawar hati.asyik-asyik kena tipu. saya tau saya tak sempurna.Tapi saya ada perasaan. saya sayangkan awak.tapi awak tak pernah jujur & setia. lebih baik kita jadi kawan je. tak pun, anggap je saya ni adik awak."


          Dekat sebulan dia hantar SMS minta maaf. Akhirnya aku pun cakap, "saya maafkan awak.tapi bagi lah saya masa untuk mempercayai awak kembali". Aku pun dah tak sanggup dah nak siksa dia. Tolonglah percaya yang aku sangat sayangkan dia.Walaupun hati ni dah banyk kali terluka. Mungkin semua kelukaan tu balasan atas sifat aku yang dia tak suka. Aku akui aku tak sempurna sifat.


Tiada ulasan: