Rabu, 6 Julai 2011

Episod 3 Penuh kesakitan

"Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawa mu. Tuk hapuskan semua sepi di hati." 
Kedengaran lagu peterpan berkumandang. makin la terasa sepi hati ku. Aku rasa lepas putus dengan dia, hidup aku rasa kosong. Hari-hari nangis.Mata bengkak. Pelajaran apa tah lagi.. Beberapa hari kemudian, aku dapat tau dia couple balik ngan ex GF dia. Miss N!! Oh jadi i i alasan sebenar dia.ini  yang dia kata nak tumpukan pada pelajaran?


          Aku rasa) tertipu. aku sakit hati, aku rasa marah.. Tak tau macam mana aku nak lalui hari-hari aku di sekolah. hari-hari aku nampak dia dengan Miss N. terdetik dihati aku, Aku sumpah! korang takkan bahagia  lama di atas penderitaan aku. Sangat sakit hati. Tapi aku masih sayangkan  dia. Sayang sangat.. :'(


          Untuk ubati hati yang terluka ni, setaip kali balik dari sekolah, aku pegi lepak di cyber cafe. Kat sana ramai member yang boleh hiburkan aku.Demi lupakan sekejap luka hati ni. Kalau bersendirian, mesti aku nangis. Kalau la dia boleh tahu betapa deritanya aku di atas kebahagiaan dia pada waktu itu.Macam mana aku tah dia bahagia? Kembali kepada bekas kekasih.!st love pulak tu.Siapa tak bahagia kan.. Aku cuba belajar berfikiran positif.aku berfikir mungkin ini balasan untuk aku sebab aku tak sempurna.

          Masa terus berlalu tanpa memperduli sesiapa pun.. Dah 3 bulan aku diselubungi kesedihan dan kesunyian tanpa dia.Tapi aku masih mengharapkan dia kembali.aku sayang sangat kat dia. Dalam masa 3 bulan tu, ada  2 3 orang ni yang ajak aku couple ngan diorang. Aku ada berbalas-balas SMS. Tapi tiap kali SMS ngan diorang, mesti aku tak lupa nak sebut pasal dia. aku cakap, aku still tak boleh lupakan dia. Mungkin sebab bosan dengan sikap aku yang selalu libatkan dia dalam perbualan, diorang perlahan-lahan menghilang.kurang sms dan akhirnya sepi..Dan masa ni bulan puasa ramadhan tiba lagi. Aku sering teringat-ingat kenangan bulan puasa ramadhan tahun lepas. saat hati berbunga-bunga mekar..


BERSAMBUNG..

     

4 ulasan:

mrs kayrul berkata...

kejamnya S sanggup curang dan balik ke EX-gf plak tue

Iffah Afeefah berkata...

Ishhh geram nye bce

P U C A T berkata...

ape jenis orang ntah mcm tu khenn :)

Aniq Bukhary berkata...

Jd jiwang plak jap. baca episod nie..