Rabu, 6 Julai 2011

Episod 2 Cinta Tersakiti

Masa terus berlalu. Tak sedar, dah 9 bulan kami mempunyai hubungan lebih dari sekadar kawan. Selama 9 bulan tu  aku akui kami slalu gaduh. Sebab aku kuat cemburu.Kenapa? Sebab dia ramai kawan perempuan.kadang-kadang keluar perasaan cemburu di hati ku.. tapi walau selalu gaduh, kenangan yang tercipta selama 9 bulan tu, adalah kenangan terindah dalam hidup aku.

         Ku sangka panas sampai ke petang.rupanya hujan di tengahari.. tiba-tiba je dia berubah. dia main layan tak layan je ngan aku.Selama beberapa minggu dia tak layan aku. memang jauh berubah la.. berbeza yang amat.aku tertanya sendiri kenape dia buat aku macam ni? aku ada buat salah ke. ajak jumpa pun taknak.Just terserempak kat sekolah je.puas aku pujuk dia nak bincang. Kalau aku ada buat salah aku nak minta maaf. tapi dia taknak. Setelah puas aku mendesak asal terjumpa dia, baru lah dia nak. Akhirnya dia setuju nak jumpa kat perpustakaan awam lepas waktu sekolah.

          Suasana petang tu sepi je seakan-akan tahu apa yang akan terjadi denagn hubungan kami. Dia diam je.Aku tanya dia tak jawab. Akhirnya aku minta putus. aku cakap, "nape dengan awak ni. saye ada buat salah ke. ok la, kalau awak dah tak sayang lagi, kita putus."  
Ya Allah, macam tak percaya je aku cakap macam tu. Tapi dia diam je. Lepas tu aku nampak ada butiran berkaca-kaca di matanya.. dia menangis? dia cakap, "kita putus dulu ye.saya nak tumpukan pada pelajaran. kalau ada jodoh, kita akan bersama kembali."

          Rela tak rela, aku terpaksa terima alasan BODOH tu. Masa tu aku ingat dia betul-betul nak tumpukan pada pelajaran, sebab masa tu dia tingkatan 5. nak ambil SPM.
Dekat 2 jam juga aku menangis .Macam tak percaya hubungan ni dah berakhir.

          Lepas tu aku balik umah, aku menangis kat mak. aku cerita semua alasan dia putuskan aku. aku dah tak tau nak cerita kat sapa. mak cakap, mungkin betul dia nak tumpukan pada pelajaran.aku kena sabar. Nasib mak memahami dan mengetahui yang aku kawan dengan dia.Mak la yang selalu hantar dan temankan kalau aku keluar malam dengan dia..