Rabu, 6 Julai 2011

Episod 1 Detik Permulaan

Masih segar di ingatan bagaimana bermulanya hati ku berjinak-jinak untuk tumbuh bunga-bunga yang mekar. Saat si dia mencuri hatiku..Si dia lah yang pertama & terakhir bertakhta di hati.. Ye..sejujurnya..Dialah yang pertama dan aku berharap dia yang terakhir.

            Sebenarnya aku dan dia sejak darjah 1 lagi dah satu sekolah.Tapi, kan masa tu budak lagi. mana la reti nak main cintan-cintan ni. Mak pesan, "kecik-kecik tak yah main cintan-cintan, belajar dulu".. huahua.. Sejak darjah 1 sampai la darjah 6 memang kami tak pernah pun bertegur sapa. Serius tak pernah bercakap sekalipun..

            Bila dah masuk ke alam sekolah menengah, aku mula pandai bermain hati.sampai form 2, aku tak pernah lagi melibatkan diri dalam cinta cintun..Tapi aku selalu ternampak sidia  ni slalu bersama ngan 1 perempuan ni. Siapa? of koz la awekz dia. Aku bagi dia nama Miss N.

           Kalau nampak diorang bersama kat skolah, mesti aku sakit hati. padahal masa tu aku belum ada apa-apa hubungan lagi dengan c (S). Tak tau la kenapa. bercakap-cakap pun tak pernah, tetiba je aku rasa tak suka dan tak gemar nak memandang mereka.memang musykil..

            Kisah bermula hujung tahun 2004. Masa tu aku masih tingkatan 3.. Si dia pula form 4.Cerita bermula pada hujung tahun selepas exam. So, takde aktiviti kat sekolah,

Seperti kebiasaan.tiba hujung tahun, setiap kelas pasti sunyi dari  kehadiran guru. Guru-guru sibuk dengan aktiviti tersendiri untuk menyiapkan tugasan sebelum cuti persekolahan bermula. Para pelajar jangan kira lah. Bagi mereka, persekolahan pada hujung tahun adalah persekolahan  yang sangat mengembirakan. Tiada kelas.Tiada guru.Masing-masing buat kerja masing-masing tanpa bebanan memikirkan pelajaran. Kebetulan masa tu adalah bulan ramadhan.


            Satu hari tu aku duduk berborak kosong kat tangga sekolah yang entah berapa ratus anak tangga dengan kawan-kawan. Kebetulan dia ni pun lepak juga ngan member dia (merangkap member kepada member aku) kat situ. Borak punya borak, bila turn aku yang bercakap tiba-tiba si dia menyampuk dengan nada mengusik.Tak tau kenapa dia tiba-tiba nak usik aku.

           Selepas kejadian  tu, kami jadi kawan, dan jadi rapat. Selalu la usik mengusik. dan sejujurnya dia sering merajuk dan terasa hati dengan aku. Setiap kata-kata gurauan aku mesti buat dia terasa hati walaupun dia seharusnya tahu aku hanya bergurau.Dengan orang lain tak pulak dia terasa hati. 
Bak lirik lagu arwah Achik dan Nana, " usik mengusik, semakin lama menjadi rindu.hati merindu, asyik merindu tersentuh rasa, tidak terduga, timbullah sayang, andai tak jumpa menjadi gundah" 

           Hari makin berlalu, tapi kami  hanyalah kawan biasa. Sejujurnya aku dapt rasakan yang dia sukakan aku. Aku pulak??  Sejujur dari lubuk hati yang paling dalam, aku memang suka kat dia. Kenapa?? Sebab setiap kali aku ternampak dia, aku bagaikan terkena kejutan eletrik..Aku rasa jiwa aku bergetar.Setiap malam aku tak sabar nak tunggu pagi untuk ke sekolah dan melihat dia. Tapi aku juga tahu dia sudah berpunya. Ya Allah..aku tahu aku masih pelajar masa tu dan aku masih perlu untuk meneruskan perjuangan.Tapi aku tak mampu menepis segala perasaan tu.


            Cuti akhir tahun semakin dekat.Raya pun dah nak dekat. Last datang sekolah untuk tahun 2004 tu, aku ada bagi kad raya kat dia. Kira-kira macam ni la isi kad tu "Assalamulaikum. Selamat hari raya. Kalau ada salah & silap, aku minta maaf. Raya nanti jangan lupa datang umah.. ajak awekz sekali.huhu" ayat poyo.. Last-last dia bagitau dia dah lama putus dengan Miss N tu.. Ada harapan..kehkeh..

          Aku rasa sedih juga masa tu sebab aku ingat itulah hari  terakhir kami berkawan dan bercakap.. bukan apa,aku terfikir, cuti sekolah ni macam mana kami nak berhubung.Dah tentu-tentu tergantung perasaan ni macam tu je.Zaman aku dulu, aku tak mampu memiliki handfon macam budak zaman sekarang.

            Tapi kisah ni rupanya tak berakhir sampai hari tu je. Hari last puasa, dia call aku melalui handfon datuk. Masa tu, aku berkata dalam hati."Ya Allah. beraninya dia."  Tapi hairan. macam mana pula tau number datuk ni.. Aku tanya mana dapat number ni. Rupa-rupanya member aku yang bagi.Member 1 kampung dengan aku. 
Aku tanya kenapa call aku.dia cakap saje nak call. Aku ingatkan dia nak meluahkan isi hati..huhu..Tersiksa betul..

            Hari tu 2 syawal..Raya ke dua, member aku cakap, si dia ajak pergi beraya. Wah, dengan exitednya aku jawab "nak!". Kitorang beraya ramai-ramai naik van rusa bapa si dia. Abang dia yang pandu. Tapi sepanjang beraya tu, aku dan dia lebih banyak mendiamkan diri. kami just senyum-senyum kambing.sesekali kedengaran suara-suara nakal member yang mengusik kami.

            Aku tak pasti dan sedikit geram kenapa dia buat aku penasaran.Buat perasaan aku tergantung . ke aku yang perassan lebih..Ke dia malu?? ntah la..Lepas beraya  3 4 buah rumah, aku pura-pura sakit perut.Aku cakap aku Taknak masuk rumah orang. Nak stay dalam van je dengan harapan dia boleh temankan.Boleh la borak-borak jap dengan dia.Tapi alangkah tak sportingnya dia. Dia tinggal je aku sorang-sorang dalam van tu.Ishhhhhhhh!! geramnya masa tu.

            Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, dia ajak aku pegi perpustakaan awam. Ajak date ke ni. wakaka.. perasan. DUP DAP DUP DAP jantung aku.. aku ajak adik aku temankan. Tapi sebelum jumpa aku, dia sempat lagi bergayut kat telefon awam yang berdekatan dengan perpustakaan tu.Nak tau dia call siapa?? Dia call ex awekz dia!dia kata saje testing sebab ex dia baru pasang telefon rumah. betul la dia ni. belum apa-apa dah menyakitkan hati.hurm, sabar je lah.siapa la aku nak marah-marah.

            Bila ajak jumpa tak pulak dia ada cakap apa-apa.just nak borak je katanya..
Sampai la sesi persekolahan tahun 2005 bermula, dia masih tak luahkan apa-apa kat aku.Tapi lagak macam orang bercinta bak kata kawan aku.huhu... Sampai la ada satu member ni tanya aku. "korang ni macam mana sebenarnya? asyik jeling-jeling, gaduh-gaduh je. bercinta ke? " bersahaja aku jawab. "entah la.cuba ko try tanya dia.aku sendiri pun tak tahu". 

            Rupanya  member ni betul-betul tanya kat dia..hahaha..malu aku.Tak sampai 24 jam pun member aku tanya,dia bagi aku sepucuk surat.

"Assalamualaikum..

Sebelum awak meneruskan membaca surat ni, senyum la dulu. senyum jangan tak senyum. ok, 1,2,3 klik. haha.. dah ambik pic awak senyum..hahaha..jangan marah.
      Tujuan pertama saya menulis surat yang tak di undang ni adalah untuk berkenalan dengan awak. boleh ke?? kalau sudi, bagi la biodata. Jangan la sombong. saya tau la awak cantik macam siti nordiana.wahaha.. saya nak kenal awak dengan lebih rapat.boleh? rapat lagi, lagi sikit, lagi.. ouch..kan dah terhantuk. sapa suruh terlampau rapat. wakaka..gurau je.
     Tujuan ke dua, saya nak awak tau yang saya suka awak, rindu awak, sayang awak. awak suka saya tak??"

aku pun replay la surat dia.

" waalaikumsalam.. 
memang saya tunggu surat dari awak pun..da lama tunggu..huhu.
nak kenalan? boleh..apa salahnye..hehe.. mana ada sombong. memang pun saya cantik..baru tau ke? hahaha.. ntah ikhlas ke tak puji orang ni? sebenarnya saya pun suka kat awak..hehe..dah lama pun saya suka kat awak.tapi awak tak tanya.tak kan saya nak terhegeh-hegeh..hikhik.. boleh tanya? bila awak mula suka kat saya? dan kenapa?? bla..bla..bla..."

Dia replay lagi..

"Assalamualaikum..
Hai, apa khabar? harap sihat.maaf la sebab lambat replay surat awak.jangan marah.
eh, sudi juga awak kenalan dengan saya.ingatkan sombong.hehe.. Saya ikhlas puji awak. memang dah lama saya tau awak cantik.tapi saje taknak bagitau awal. 
nanti kembang hidung awak..hahaha. 
   Sebenarnya saya lebih sayangkan awak. sayang sesayang sayang, 1000 kali sayang. saiapa lebih sayang?? hehe.. buat masa ni hanya awak sorang dalam hati saya..
Nasib baik saya tanya, kalau tak, sampai sekarang tak comfirm lagi la ni? 
Saya mula suka kat awak masa bulan ramadhan tu.Sebab tu saya rajin datang sekolah.saya nak sakat awak. best la sakat awak.hehe.. Awak tanya kenapa saya suka awak?? 
Sebenarnya saya suka tengok muka awak yang cute dan cantik tu. lagi? sebab awak pempuan la.. lagi? sebab awak baik. lagi? sebenarnya banyak lagi sebabnya..tapi lain kali je la saya bagitau..hehe.. "
P/s: simpan biodata saya baik2. takde kat pasaran tu.  

(memang aku simpan pun sampai sekarang.dan dari biodata dia, aku tahu dia anak bongsu.patut la mudah terasa dan merajuk.) 
P/s: bahasa ssurat tu aku dah tukar kepada bahasa yang boleh korang baca.tapi maksudnya tetap sama.. :p



             Sejak hari tu, aku rasa bahagia sangat.Aku rajin datang sekolah.Aku rajin datang kelas tambahan dan aku rajin ikut aktiviti seperti nasyid sekolah.Sebab..sebab dia aktif ikut dikir barat sekolah..huhu..Tahun 2005 ni aku tingkatan 4 dan dia tingkatan 5.Dia nak ambil SPM tahun ni..
  

14 ulasan:

My MiRa berkata...

suke bace kisah ni.. :)

mrs kayrul berkata...

comel jer kisah cinta korang

yuyu berkata...

singgah sini n follow..

Iffah Afeefah berkata...

Haha zmn kekanak
Klaka je mamattu

Lyana Myra berkata...

cinta zmn sekolah best, lagipun klu cinta itu berkekalan. tp kisah cinta d zmn sek sy xkekal :(


jemput singgah ke Yana Collections
http://sakuraitubunga.blogspot.com/

=)

eita berkata...

kisah beol ke ni?

farid omar berkata...

nice love story

iiima ❥ berkata...

comel dan sweet cinta masa sekolah :)

siap main surat2 hehe

BUNDA a.k.a KN berkata...

so sweet..:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

mesti senyum seorang2 bila ingat balik kisah cinta zaman sekolah dulu kan..

Cik Itah@RRP berkata...

sweet..

tenku butang berkata...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 21
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Penghuni 60 berkata...

so sweet ^_^

Arya Estinengtyas berkata...

huhuhuhu seronok baca :)