Sebenarnya aku dan (S) sejak darjah 1 lagi dah satu sekolah.Tapi, kan masa tu budak lagi. mana la reti nak main cintan-cintan ni.Tak main la beb.. Mak pesan, "kecik-kecik tak yah main cintan-cintan, belajar dulu".. huahua.. Sejak darjah 1 sampai la darjah 6 memang kami tak pernah pun bertegur sapa. Tak hengen pon nak bertegur.
Bila dah masuk ke alam sekolah menengah, baru la pandai nak menggatal. Nak minat yang tu, nak minat yang ensem, nak minat yang comel la, macam-macam lagi la. haha.. biasa la.. macam la ko x pernah mengalami.. toink toink..Sampai la form 2, aku tak pernah lagi melibatkan diri dalam kapel mengapel ni..Tapi aku ada la tengok c (S) ni slalu dating ngan 1 minah ni. Aku bagi dia nama Miss N. Gelpren la tu kan.. sapa lagi.huhu..
Kalau nengok diorang dating kat skolah, mesti aku sakit hati. padahal masa tu aku belum ada apa-apa hubungan lagi dengan c (S). Tak tau la kenapa. bercakap-cakap pun tak pernah, tetiba je aku nak memanas.ouch!! musykil..
Bermulanya hujung tahun 2004.Masa tu aku still form 3.. c (S) pula form 4.Cerita bermula pada hujung tahun selepas exam. So, takde aktiviti kat sekolah, chekgu pon x masuk kelas lagi. Apalagi? semua la student berkeliaran. Yang lelaki yang pempuan sama je. Pegi gatal-gatal lepak kat kelas lain. ada yang lepak dekat tangga sekolah yang entah berapa ratus anak tangga tu.. penat u hari-hari senaman naik tangga tu.
Satu hari tu aku pi melepak kat tangga tu ngan kengkawan. Kebetulan c (S) ni pun lepak juga ngan member dia. So, kami pun BERGABUNG.. wakaka.. macam kata adam & stacy tu la..kihkih.. Criter-criter.. bvorak-borak kosong, bila turn aku berceloteh pula, C (S) ni nyebok je tetiba menyampuk. aih?? nyebok je mamat ni.
Selepas kejadian sampuk menyampuk tu, kami jadi kawan, dan jadi rapat. Selalu la usik mengusik. rajuk merajuk. " usik mengusik, semakin lama menjadi rindu" aiseh..pinjam lirik lagu achik & nana. Hari-hari berlalu, ramai member yang dah malas turun sekolah. Al-maklum lah hujung tahun yang tiada aktiviti tu, chekgu pun dah tak kisah sangat.Kebetulan masa tu bulan puasa.
Tapi aku still rajin datang sekolah. Begitu juga dengan c (S). Rajin yang amat.haha.. Ada la juga beberapa orang member kita orang yang still rajin datang skolah.Tapi datang sekolah melepak je. Sebenarnya kami ni tersenarai dalam pelajar nakal. Tapi nakal sikit je.. eleh.. tak nak ngaku la tu..hehe.. aik? betul apa? hishh!
Hari makin berlalu, tapi kami still kawan biasa. Perasaan tu maybe ada. Tapi tak terluahkan. Aku tau c (S) macam ada ati kat aku..aiseh..hehe..Tapi aku pun tau dia ada usha2 1 minah ni.Dasar lelaki!! huh.. Tapi apa nak buat kan.Siapa lah aku nak bengang-bengang. Aku juga dapat tau c (S) dah breakfast.. eh, salah dah break dengan Miss N tu.
Hari-hari yang ada sebelum cuti panjang bermula, kamihabiskan dengan melepak atau lebih manis di dengar, borak berkumpulan..hehe. Tapi c (S) ni selalu terasa la bila aku berguarau. selalu nak marah-marah. nak merajuk konon. Entah apa spesis mamat ni. Dengan orang lain tak pula dia mudah terasa. cari pasal betul. haha.. padahal suka.. kah kah kah..
Cuti panjang semakin dekat.Raya pun dah nak dekat. Last pegi sekolah untuk tahun 2003 tu, aku ada bagi kad raya kat c (S). Kira-kira macam ni la isi kad tu "Assalamulaikum. Mat ari raya. Kalau ada salah & silap, aku minta maaf. Raya nanti jangan lupa datang umah.. ajak gelpren sekali.huhu" ayat poyo..
Aku rasa sedih juga masa tu sebab aku ingat tu kali terakhir kami berkawan. bukan apa, takut tergantung lah perasaan ni sebenarnya..hehe.Masa tu aku takde enpon lagi.Maklum la. zaman tu mana la reti sangat nak guna enfon. family pun tak bagi.ingat aku owang banyak duit ke nak bagi budak-budak main enfon..hehe. bukan macam zaman sekarang ni.adik aku yang kecik pon da ada enfon.
Tapi citer ni tak berakhir sampai disana u.. Hari last puasa, c (S) call aku melalui enfon datuk. Ya Allah. beraninya dia. Tapi hairan. macam mana pula tau number datuk ni.. kompius.. Rupa-rupanya member aku yang bagi.member 1 kampung. Tapi sampai saat tu aku mahupun c (S) tak pernah pun meluahkan apa-apa perasaan.
Setelah sebulan Puasa, Tiba la raya aidilfitri. raya ke dua, member cakap, c (S) ajak pegi beraya. Wa, dengan exitednya aku jawab "nak!". Kitorang beraya ramai-ramai naik van rusa bapa C (S). Abang c (S) yang pandu. Tapi sepanjang beraya tu, aku dan c (S) tak cakap apa-apa. diam je. Cuma kedengaran suara-suara nakal member yang mengusik kami.
C (S) ni pun satu. Lembab betul nak meluahkan perasaan tu.geram tol la. Lepas raya kat 3 4 buah rumah, aku pura-pura sakit perut. Taknak masuk umah orang. Nak stay dalam van je dengan harapan c (S) boleh temankan.Boleh ler borak-borak jap.Tapi alangkah tak sportingnya dia. Dia tinggal je aku sorang-sorang dalam van tu.Ishhhhhhhh!! geramnya.. takpe2x..
Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, c (S) ajak aku pegi labry awam. huh.ajak date ke ni. wakaka.. perasan. DUP DAP DUP DAP jantung aku.. aku ajak adik pegi temankan. Tapi dalam ajak orang jumpa tu, dia sempat lagi pegi koling ex GF dia! betul la mamat ni. belum apa-apa dah menyakitkan hati.Dasar kau! tapi yang penting dia jujur cakap call siapa.sabar je la. isk..isk..
Sampai la sesi persekolahan bermula, c (S) masih tak luahkan apa-apa kat aku.Tapi lagak macam orang couple.. padahal belum ada apa-apa keputusan atau lamaran..keh keh..Punya lama aku tunggu. Sampai la ada satu member ni tanya aku. "korang ni macam mana sebenarnya? asyik jeling-jeling, gaduh-gaduh je. bercinta ke? " bersahaja aku jawab. "entah la.cuba ko try tanya c (S)". Rupanya member ni betul-betul tanya kat c (S)..hahaha..malu-malu..
Lepas member tanya, baru la c (S) bagi surat kat aku. macam ni bunyi surat tu.
"Assalamualaikum..
Sebelum awak meneruskan membaca surat ni, senyum la dulu. senyum jangan tak senyum. ok, 1,2,3 klik. haha.. dah ambik pic awak senyum..hahaha..jangan marah.
Tujuan pertama saya menulis surat yang tak di undang ni adalah untuk berkenalan dengan awak. boleh ke?? kalau sudi, bagi la biodata. Jangan la sombong. saya tau la awak cantik macam siti nordiana.wahaha.. saya nak kenal awak dengan lebih rapat.boleh? rapat lagi, lagi sikit, lagi.. ouch..kan dah terhantuk. sapa suruh terlampau rapat. wakaka..gurau je.
Tujuan ke dua, saya nak awak tau yang saya suka awak, rindu awak, sayang awak. awak suka saya tak??"
aku pun replay la surat dia.
" waalaikumsalam..
memang saya tunggu surat dari awak pon..da lama tunggu..huhu.
nak kenalan? boleh..apa salahnye..hehe.. mana ada sombong. memang pon saya cantik..baru tau ke? hahaha.. ntah ikhlas ke tak puji orang ni? sebenarnya saya pun suka kat awak..hehe..dah lama pun saya suka kat awak.tapi awak tak tanya.tak kan saya nak terhegeh-hegeh..hikhik.. boleh tanya? bila awak mula suka kat saya? dan kenapa?? bla..bla..bla..."
Dia replay lagi..
"Assalamualaikum..
Hai, apa khabar? harap sihat.maaf la sebab lambat replay surat awak.jangan marah.
eh, sudi juga awak kenalan dengan saya.ingatkan sombong.hehe.. Saya ikhlas puji awak. memang dah lama saya tau awak cantik.tapi saje taknak bagitau awal.nanti kembang hidung awak..hahaha.
Sebenarnya saya lebih sayangkan awak. sayang sesayang sayang, 1000 kali sayang. saiapa lebih sayang?? hehe.. buat masa ni hanya awak sorang dalam hati saya..
Nasib baik saya tanya, kalau tak, sampai sekarang tak comfirm lagi la ni? Saya mula suka kat awak masa bulan puasa tu.Sebab tu saya rajin datang sekolah.saya nak sakat awak. best la sakat awak.hehe..
Awak tanya kenapa saya suka awak?? Sebenarnya saya suka tengok muka awak yang cute dan cantik tu. lagi? sebab awak pempuan la.. lagi? sebab awak baik. lagi? sebenarnya banyak lagi sebabnya..tapi lain kali je la saya bagitau..hehe.. "
Sejak ari tu,(aku tak ingat pon tarikhnya..kah kah kah..) jadi la kami sepasang belangkas yang macam tak nak berpisah. asyik bersama je.sampai 1 sekolah pun tau.guru-guru pun tau.ada la juga 2 3 orang guru yang x puas ati. ye la kan..datang sekolah nak belajar ke nak bercinta?? ambik kau! suka ati aku la.. eh, xde2..hehee..